Rolex 1908 - Swee Cheong Watch
Rolex 1908 - Swee Cheong Watch

Penyelenggaraan

Prosedur penyenggaraan jam tangan Rolex di Swee Cheong Watch

Setiap Peruncit Rasmi Rolex dan sekutu Rolex diberi kuasa untuk menerima jam tangan Rolex anda untuk penyenggaraan. Setelah menerima jam tangan anda, seorang kakitangan mencatat apa-apa permintaan yang mungkin anda inginkan. Jam tangan kemudiannya dihantar kepada tukang jam.

Penilaian jam tangan 

Jam tangan anda diperiksa dengan teliti oleh tukang jam yang akan memberikan anggaran kerja yang perlu dilakukan. Setelah anggaran diluluskan, penyenggaraan bermula.

Rolex Watches Checking - Swee Cheong Watch

Persediaan penyenggaraan 

Gerakan jam yang masih dilengkapi dengan permukaan dan jarum ditanggalkan daripada penutup – selepas rantai dipisahkan. Gerakan, penutup dan rantai akan menjalani penyenggaraan yang berasingan sebelum dipasangkan semula pada akhir proses.

Dismantling of The Movement Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Penceraian gerakan

Gerakan diceraikan sepenuhnya dan semua bahagian diperiksa dengan teliti. Bahagian yang tidak lagi memenuhi syarat Rolex akan digantikan secara sistematik.

Servicing Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Pembersihan komponen 

Setiap komponen dibersihkan secara mandian ultrasonik untuk menanggalkan semua kesan kotor.

Rolex Watches Checking - Swee Cheong Watch

Pemasangan dan pelinciran gerakan 

Komponen yang telah bersih dikeringkan dan selepas itu, gerakan dipasang semula dan dilincirkan. Tukang jam membuat pelarasan pertama kepada ketepatan gerakan mengikut kriteria ketepatan jenama.

Assembly and Lubrication of The Movement Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Sentuhan akhir pada penutup dan rantai

Penutup diceraikan sepenuhnya dan penutup tengah, bezel, penutup belakang serta rantai digilap semula atau diberikan kemasan satin mengikut kemasan asal. Operasi yang halus ini memerlukan penjagaan dan kecekapan yang hebat.

Servicing Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Pemasangan semula penutup 

Selepas dibersihkan dan diperbaharu, bahagian penutup dipasangkan semula dan sendal digantikan. Penutup ini diuji untuk kekalisan air.

Assembly of The Case - Swee Cheong Watch

Pemasangan penutup gerakan

Gerakan – setelah permukaan dan jarum dipasang semula – dimasukkan kembali ke dalam penutup sebaik sahaja tukang jam melaksanakan pemeriksaan teknikal dan estetik yang ketat bagi semua elemen ini.

Servicing Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Ujian ketepatan 

Selepas menutup gerakan, tukang jam mengukur sekali lagi ketepatan kronometrik dan membuat apa-apa pelarasan akhir yang diperlukan bagi memenuhi syarat Rolex.

Penutup belakang kemudiannya diskrukan dan jam tangan anda menjalani satu lagi ujian khusus Rolex yang mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam untuk mengesahkan prestasi gerakan dari semasa ke semasa.

Rolex Watches Checking - Swee Cheong Watch

Ujian kekalisan air 

Jam tangan anda menjalani ujian tekanan di dalam air untuk memeriksa bahawa jam itu kedap air dan kemudiannya rantai dipasang semula pada penutup.

Servicing Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Kawalan akhir 

Jam tangan anda kini sedia untuk kawalan akhir iaitu tukang jam akan memastikan jam tangan berfungsi dengan baik dan penampilan estetik adalah sempurna.

Rolex Watches Checking - Swee Cheong Watch

Mengembalikan jam tangan 

Pada akhir prosedur penyenggaraan, jam tangan anda dikembalikan kepada anda di dalam kantung pelindung berserta Jaminan Penyenggaraan antarabangsa selama dua tahun yang meliputi alat ganti dan buruh.

Returning The Rolex Watch to Client - Swee Cheong Watch

Perkhidmatan kelas pertama

Rolex komited untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan kelas pertama kepada anda. Dengan adanya standard tertinggi dan kepakaran pembuat jam tangan kami, jam tangan Rolex anda boleh terus melaksanakan fungsi mengikut perubahan masa dengan kebolehpercayaan yang cemerlang dan keindahan yang luar biasa.

Rolex Watches Checking - Swee Cheong Watch
Servicing Rolex Watch - Swee Cheong Watch

Teruskan meneroka

Pin It on Pinterest